cinta itu di hati
Saturday, April 08, 2006 @ 10:19 PM
Cinta Itu Di Haticinta itu fitrah hati
lahir tanpa diminta dan dipaksa
namun Tuhan sentiasa menguji
apakah cinta itu suci atau sebaliknya
cintalah yang di hati
itu cinta hakiki dan murni
jangan cinta hanya nafsu
itu cinta palsu yang melulu
betapa bahagia cintakan Tuhan
bagai bunga yang mewangi kehidupan
tiada waktu dan jarak yang memisahkan
kembara rasa tidak bernoktah
betapa derita korban percintaan
bila nafsu menjadi taruhan
jiwa gelisah bila terpisah
asyik bertemu jemu bertamu
cintailah sesiapa sahaja
asal wadahnya cinta Allah
hati tidak resah
jiwa tidak gelisah
jauh terhubung rindu
dekat terikat padu